Monday 22 November 2010

Tugasan Pengajian Islam

Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam. Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu;

i.                 Negara Islam.
ii.                  Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan.
iii.                Negara kafir yang tidak memerangi Islam.

DEFINISI NEGARA ISLAM
Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdik pandai Islam adalah seperti berikut;

i.          Muhammad bin Hasan As Syaibani:
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

ii.         Muhammad Abu Zuhrah:
“Negara Islam ialah negara yang berada  di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.
Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan  dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak  diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.

ASAS-ASAS NEGARA ISLAM
Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;
·        Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.
·        Tanah air orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.
·        Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;

·        Malaysia adalah tanah air orang Islam sejak turun temurun.
·        Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
·        Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.
·        Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.
·        Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.
·        Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.
·        Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

 USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;

·        Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat.
·        Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak  dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan
·        Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang  bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
·        Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam  mengharuskan melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
·        Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.
·        Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.
·        Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.
·         Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur.
·        Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem.
·        Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara.
·        Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang.
·        Membanteras jenayah dan sebagainya.
Selain itu ada potongan yat Al Quran yang menyatakan:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
(Surah An-Nur : 55)
Para ulama’ menggunakan perkataan Bilad ataupun Daulah Islamiyyah yang mana mempunyai ciri-ciri dan syarat yang khusus berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Sebagaimana firman Allah S.W.T.:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
(Surah an-Nisa’ : 59)
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(Surah al-Hajj : 41)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelaslah bahawa di antara ciri-ciri negara Islam ialah:
Jamaah yang menegakkan Islam dan menjadikannya aqidah negara serta menghayatinya dalam kehidupan dan masyarakat. Mengamalkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Tanah air yang merdeka dan berdaulat.
Perlembagaan yang mendaulatkan syari’at Allah.
Rakyat diperintah dengan keadilan mutlak dan hukum Islam.
Selain itu sya mendapati dari satu rujukan bahawa Fatwa oleh  Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli ( SYria):
Sekarang ini kebanyakan Negara Arab dan Islam contohnya Malaysia dilabelkan dengan label Negara Islam. Namun hanya dari sudut politik. Realitinya tidak demikian. Kerana sifat sebenar Islam dan pelaksanaan syariat hilang ( tidak wujud ) pada realitinya. Boleh jadi, penamaan (pelabelan ) ini diterima kerana kebanyakan penduduknya orang Islam dan kerana syiar-syiar Islam ditegakkan di negara itu. Maka bolehlah dinamakan (Negara) "Islam" namun secara simboliknya sahaja bukanya realiti.
Selain daripada bukti-bukti diatas, saya turut mendapati Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapat dilihat seperti berikut:
i.     Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.
ii.    Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.
iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Pandangan Ulama Mutabar:
i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep negara Islam tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.
ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara ijtihadiyyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.
iii. Ada berbagai difinisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya:

- Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan :
Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.

- Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan:
Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.
- Menurut dari. Mohammad Said Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.

iv. Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.
v. Dengan mengambil kira kepelbagaian difinisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan sebagai berikut:
Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.
vi. Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciiri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia.
Pengiktirafan dunia:
i.     Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.
ii.    Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.
Pelaksanaan Pentadbiran Negara:
i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang muamalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.
ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.
iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.
iv.Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.
Muzakarah Fatwa:
i.     Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.
ii.     Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatalamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Oleh itu boleh tidak disangkal lagi bahawasanya Malaysia adalah sebuah Negara Islam tetapi ada keraguannya walaupun banyak bukti-buktio yang menyokong Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh  ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Is

Wednesday 10 November 2010

Peristiwa Kiamat (Renunglah)

(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”
(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”
(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”
(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”
(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”
(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”
(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

PADAH SESIAPA YG B'SEMBANG SEMASA AZAN B'KUMANDANG

Kematian itu pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kitaketahui. Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..  lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya."   Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  Amin..  amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............